Jumaat, 1 Mei 2020 | 10:36am
SHANGHAI catat 12 kes baharu COVID-19. - Foto Agensi
SHANGHAI catat 12 kes baharu COVID-19. - Foto Agensi

China rekod 12 kes baharu

SHANGHAI: China merekodkan 12 kes baharu jangkitan COVID-19, semalam.

Mengikut data dari pihak berkuasa kesihatan negara itu menunjukkan, ia meningkat empat kes berbanding kelmarin.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC) mengesahkan, enam daripadanya adalah kes import, iaitu naik empat kes berbanding hari sebelumnya.

Lima kes adalah daripada jangkitan domestik di wilayah timur laut iaitu Heilongjiang dan satu kes lagi dekat wilayah utara dalam Mongolia.

Kelmarin, China dilaporkan tiada kes jangkitan domestik.

NHC juga melaporkan terdapat 25 kes tanpa gejala pada 30 April, turun dari 33 kes kelmarin.

Jumlah keseluruhan jangkitan di China mencecah 82,874 kes. Tiada kematian direkodkan semalam sekali gus angka maut kekal 4,633 kes. - Agensi

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X