Jumaat, 1 Mei 2020 | 2:21pm
UJIAN hasilkan vaksin COVIS-19 dipercepatkan. (Foto/Agensi)
UJIAN hasilkan vaksin COVIS-19 dipercepatkan. (Foto/Agensi)

Cepatkan penghasilan vaksin COVID-19

SWITZERLAND: Moderna Inc dan syarikat penghasil ubatan iaitu Lonza Group AG memaklumkan mereka akan mempercepatkan penghasilan vaksin coronavirus untuk pembangunan ubat Amerika Syarikat (AS).

Pengumuman dibuat sejurus pembuat ubatan memberhentikan seketika ujian klinikal untuk menguji potensi rawatan untuk COVID-19.

Kajian eksperimen vaksin, mRNA-1273 diuji pada peringkat awal percubaan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan AS dengan Moderna Inc apabila menjangkakan untuk memulakan percubaan peringkat pertengahan pada penggal kedua.

Di bawah perjanjian kerjasama selama 10 tahun, syarikat berkenaan menyasarkan untuk menghasilkan sehingga satu bilion dos setiap tahun seiring perpindahan teknologi teknologi dijangka bermula Jun dan kumpulan pertama vaksin berkenaan juga dijangka dihasilkan oleh Lonza AS pada Julai.

"Lebihan masa, pihak terbabit berhasrat untuk menubuhkan tambahan saluran pembuatan di semua fasiliti Lonza seluruh dunia, akhirnya membenarkan untuk penghasilan bahan bersamaan sehingga satu bilion dos mRNA-1273 setiap tahun untuk kegunaan seluruh dunia," menurut kenyataan dikeluarkan.

COVID-19, wabak pandemik yang sudah menjangkiti lebih 3.2 juta orang di seluruh dunia termasuk mengakibatkan sekitar 232,000 maut sekali gus menjadi batu loncatan buat pembuat ubatan berlumba mencari antidot.

Awal bulan ini, Moderna memperoleh dana sebanyak $483 juta (RM2.08 bilion) daripada agensi kerajaan AS untuk mempercepatkan pembangunan vaksin COVID-19.

Dalam hal lain, Lonza, syarikat perniagaan farmaseutikal, bioteknologi dan nutrisi yang berpusat di Basel menerima lebih 40 pertanyaan mengenai projek berkait COVID-19.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X