Selasa, 5 Mei 2020 | 8:33pm
Kanak-kanak Palestin bersama adiknya membeli manisan di bandar Hebron, Tebing Barat, di mana darurat kerana COVID-19 dilanjutkan sehingga Jun ini. - Foto AFP
Kanak-kanak Palestin bersama adiknya membeli manisan di bandar Hebron, Tebing Barat, di mana darurat kerana COVID-19 dilanjutkan sehingga Jun ini. - Foto AFP

Palestin lanjutkan darurat di Tebing Barat

RAMALLAH: Presiden Palestin, Mahmud Abbas, semalam mengumumkan lanjutan perintah berkurung berikutan COVID-19 di Tebing Barat selama sebulan lagi dengan beberapa kelonggaran akan diperkenalkan.

Tempoh darurat yang bermula sejak 22 Mac lalu itu kini dijangka berakhir selewat-lewatnya pada 5 Jun depan.

Bagaimanapun, pergerakan membabitkan penempatan Israel di Palestin akan dilonggarkan termasuk langkah membenarkan semula operasi kedai dan perniagaan lain.

Selain itu, lanjutan tempoh darurat dengan pelbagai sekatan ditarik balik itu, tidak membabitkan Semenanjung Gaza yang ditadbir oleh Hamas.

Setakat ini, terdapat 345 kes positif COVID-19 dilaporkan di kawasan dihuni penduduk Israel di Tebing Barat, dengan dua kematian direkodkan.

Di Israel, lebih 15,000 kes COVID-19 dicatatkan dan ia menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan Palestin memandangkan lebih 10,000 rakyatnya bekerja di negara itu.

Mereka mungkin akan menjadi punca pertambahan kes baharu, lebih-lebih lagi dengan ketibaan Aidilfitri hujung bulan ini. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X