Selasa, 12 Mei 2020 | 11:52am
ORANG ramai memakai penutup muka ketika ditemui di sebuah pasar di Shenyang. - Foto AFP
ORANG ramai memakai penutup muka ketika ditemui di sebuah pasar di Shenyang. - Foto AFP

COVID-19: Tiada jangkitan baharu di China

BEIJING: China tidak mencatatkan angka baharu jangkitan sehingga hari ini, meskipun hujung minggu lalu negara itu merekodkan bilangan dua digit kes COVID-19 dan dikhuatiri mencetuskan gelombang kedua.

Perkembangan itu menyaksikan China mampu meletakkan virus itu dalam kawalan, namun tetap menjadi kebimbangan berikutan jika ada penularan gelombang kedua, sukar untuk menstabilkan ekonomi.

Kemunculan kluster baharu pada hujung minggu lalu, di Wuhan di mana pandemik pertamanya muncul, meletakkan bandar timur laut Shulan itu di bawah perintah berkurung yang ketat.

Semalam, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China merekodkan 17 kes baharu dengan lima daripadanya di Wuhan.

Tujuh jangkitan lagi kes import.

Kelmarin pula, China mengumumkan angka dua digit yang pertama di seluruh negara yang berlaku hampir 10 hari dengan mengatakan 14 jangkitan baharu itu disahkan positif.

Wuhan pula dilihat mencatatkan kes pertama jangkitan selepas tempoh lebih daripada sebulan.

Pada hari ke-27 berturut-turut, ada kematian dilaporkan.

Sementara satu kes baharu iaitu kes import.

Angka kematian rasmi negara kekal pada 4,633 orang, sementara jumlah jangkitan sebanyak 82,919 kes. -AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X