Selasa, 19 Mei 2020 | 2:05pm
Penyelidik Pusat Inovasi Lanjutan untuk Genomik Universiti Beijing yang melakukan uji kaji virus COVID-19 di makmalnya. - Foto AFP
Penyelidik Pusat Inovasi Lanjutan untuk Genomik Universiti Beijing yang melakukan uji kaji virus COVID-19 di makmalnya. - Foto AFP

Makmal di China hasilkan ubat COVID-19 tanpa vaksin

BEIJING: Sebuah makmal di China sedang membangunkan ubat yang dipercayai mampu memulihkan pesakit COVID-19 tanpa menggunakan vaksin.

Wabak yang buat pertama kali muncul di republik itu pada penghujung tahun lalu, sebelum merebak ke seluruh dunia, mendorong perlumbaan antarabangsa dengan matlamat mencari rawatan dan vaksin.

Ubat berkenaan diuji oleh saintis di Universiti Peking, China bukan hanya memendekkan tempoh masa penyembuhan, malah 'menawarkan' imuniti jangka pendek daripada dijangkiti virus itu, demikian menurut penyelidik.

Pengarah Pusat Inovasi Lanjutan untuk Genomik Universiti Beijing, Sunney Xie, pula berkata ubat berkenaan berjaya di peringkat ujian ke atas haiwan.

"Apabila kami menyuntik antibodi peneutralan pada tikut yang dijangkiti, setelah lima hari kadar viral dikurangkan dengan faktor 2,500.

"Ini bermakna ubat ini berpotensi dan mempunyai kesan terapeutik," katanya.

Ubat itu menggunakan antibodi peneutralan yang dihasilkan sistem imun manusia untuk menghalang virus daripada menjangkiti sel yang mana kumpulan Xie mengasing daripada darah dalam kalangan 60 pesakit pulih.

Kajian penyelidikan kumpulan terbabit diterbitkan pada Ahad lalu, dalam jurnal sel saintifik, mencadangkan penggunaan antibodi membekalkan potensi 'penawar' untuk penyakit selain memendekkan masa penyembuhan.

Menurut Xie, beliau bersama kumpulannya bekerja siang malam semata-mata mahu mencari antibodi dengan harapan ubat itu boleh bersedia digunakan kelak pada tahun ini.

"Kami sedang merancang untuk menjalankan ujian klinik dan dijalankan di Australia serta negara lain sejak kes di China berkurangan.

"Harapan terhadap antibodi peneutralan ini dapat menjadi ubat pakar yang boleh menghentikan pandemik ini," katanya.

Menggunakan antibodi sebagai ubat rawatan bukanlah pendekatan baharu kerana ia berjaya merawat beberapa virus lain seperti HIV, Ebola dan Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS). - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X