Ahad, 24 Mei 2020 | 4:07pm
Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi. - FOTO AFP
Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi. - FOTO AFP

Aidilfitri: Presiden Mesir luluskan pengampunan 3,157 banduan

KAHERAH: Presiden Mesir memberi pengampunan kepada ribuan banduan, termasuk bekas anggota polis yang dipenjarakan kerana membunuh seorang penyanyi pop wanita Lubnan lebih sedekad lalu.

Menurut warta rasmi, Presiden Abdel Fattah al-Sisi memberi kelulusan untuk pengampunan 3,157 banduan membabitkan pelbagai kesalahan, sempena perayaan Aidilfitri.

Antara banduan terbabit ialah bekas anggota polis, Mohsen al-Sukkari yang dihukum penjara 25 tahun pada 2010 kerana membunuh penyanyi Lubnan, Suzanne Tamim.

Mahkamah mendapati Sukkari bertindak atas arahan taikun hartanah, Hisham Talaat Moustafa, dengan upah AS$2 juta.

Pembunuhan Tamim yang juga kekasih Moustafa, mencetuskan kemarahan masyarakat di seluruh rantau Arab.

Moustafa yang juga ahli perniagaan terkemuka, dihukum penjara 15 tahun kerana pembabitannya dalam jenayah itu, namun mendapat pengampunan Presiden pada 2017 atas faktor kesihatan. - AFP

Berita Harian X