Isnin, 25 Mei 2020 | 1:16pm
Foto google
Foto google

COVID-19: Aplikasi pengesan virus Qatar timbul isu pencerobohan privasi

DOHA: Langkah mewajibkan penggunaan aplikasi penjejakan kontak bagi mengesan COVID-19 yang biasa digunakan ke atas banduan, menimbulkan keraguan pencerobohan privasi hingga memaksa kerajaan menawarkan jaminan dan konsesi.

Seperti negara lain, Qatar menggunakan telefon bimbit untuk menjejaki pergerakan dan mengesan dengan siapa seseorang itu bersentuhan, membolehkan pegawai memantau risiko penularan dan memberi amaran mereka mungkin dijangkiti.

Aplikasi menggunakan frekuensi 'bluetooth' membolehkan isyarat 'ping' dihantar ke peranti berdekatan jika seseorang itu berada dengan individu yang mempunyai gejala atau diuji positif, namun kaedah itu dikhuatiri menceroboh data pengguna berikutan aplikasi sebegini belum pernah digunakan sebelum ini.

Versi Qatar akan ke hadapan, memaksa pengguna Android membenarkan akses galeri gambar dan video serta membolehkan aplikasi itu membuat panggilan tanpa kebenaran pengguna.

Rata-rata pengguna Facebook pertikaikan mengapa semua akses itu diperlukan sekali gus bimbang privasi mereka dicerobohi.

Aplikasi Ehteraz itu bermakna 'langkah pencegahan' dilancarkan pada Februari lalu dan mulai Jumaat lalu kerajaan mewajibkan semua semua warga negaranya memuat naiknya di telefon bimbit masing-masing.

Selain kegagalan memakai pelitup muka di tempat awam boleh disabitkan hukuman penjara tiga tahun, pendekatan diambil Qatar, negara yang mempunyai kadar jangkitan per kapita tertinggi di dunia.

Hampir 44,000 daripada 2.75 juta rakyat Qatar sudah diuji dan didapati positif virus itu, iaitu 1.6 peratus daripada penduduknya dan 23 orang sudah meninggal dunia akibat COVID-19

.

Semalam, petugas keselamatan mula membuat pemantauan bagi memastikan seluruh rakyat menggunakan aplikasi itu, lapor media tempatan, di samping memeriksa kepatuhan orang ramai menggunakan pelitup muka. -AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X