Isnin, 25 Mei 2020 | 6:05pm
Terowong kereta api dengan landasan menghubungkan Kunming dan Vientiane sejauh 15.2 kilometer. - Foto Xinhua
Terowong kereta api dengan landasan menghubungkan Kunming dan Vientiane sejauh 15.2 kilometer. - Foto Xinhua

Terowong kereta api berisiko tinggi China-Laos siap

KUNMING: Terowong kereta api berisiko tinggi China-Laos dengan landasan menghubungkan Kunming dan Vientiane sejauh 15.2 kilometer (km) siap hari ini.

Menurut China Railway Kunming Group Co Ltd, terowong Ganzhuang di Yuanjiang yang terletak di bandar Yuxi, wilayah Yunnan di barat daya China itu adalah terowong berisiko yang membabitkan pembinaan lebih 15 km landasan kereta api.

Sementara itu, Pengurus Projek China Railway 17th Bureau Group Co Ltd, Zhang Jianfeng, berkata reka bentuk terowong itu berbentuk S bagi bagi mengurangkan kecuraman.

Pembinaan terowong terbabit turut dihantui pelbagai masalah seperti kegagalan struktur semula jadi geologi selain keadaan geologi rumit seperti bentuk muka bumi batuan lembut dan kehadiran gas berbahaya.

Projek terowong itu dimulakan pada 2016 dengan 16 pentas operasi diwujudkan untuk membinanya dan dijangka beroperasi pada akhir 2021. - AGENSI

Berita Harian X