X
Selasa, 26 Mei 2020 | 7:07am
Presiden China Xi Jinping (tengah) hadir sesi planery kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing. - Foto AFP
Presiden China Xi Jinping (tengah) hadir sesi planery kedua Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) di Beijing. - Foto AFP

China ancam tindakan balas terhadap AS

HONG KONG: China mengancam akan bertindak balas terhadap Amerika Syarikat (AS) sekiranya dikenakan tindakan terhadap usaha untuk melaksanakan undang-undang hasutan di Hong Kong.

Ia selepas Ketua Keselamatan Pusat Perniagaan di wilayah itu menggelarkan pelaksanaan undang-undang itu sebagai alat membanteras keganasan.

Beijing merancang meluluskan undang-undang keselamatan baharu untuk Hong Kong yang melarang pengkhianatan, penindasan dan hasutan selepas berdepan protes pro-demokrasi yang sering mengakibatkan berlakunya keganasan, tahun lalu.

Bagaimanapun, ribuan penunjuk perasaan berkumpul di jalan bagi membantah pelaksanaannya walaupun dilarang berkumpul diperkenalkan bagi membanteras COVID-19.

Protes itu dilakukan penduduk Hong Kong, kumpulan ahli perniagaan dan negara Barat bimbang, cadangan itu akan memberi tamparan hebat terhadap hak kebebasan mereka.

Ketika polis membubarkan orang ramai dengan gas pemedih mata dan meriam air, Penasihat Keselamatan Nasional Washington, Robert O'Brien memberi amaran bahawa undang-undang baharu itu akan memberi kesan kepada Hong Kong yang menjadi pilihan perdagangan AS.

Namun, Kementerian Luar China mengatakan Beijing akan bertindak balas terhadap sekatan dari Washington.

"Sekiranya AS berkeras untuk menyakiti kepentingan China, China harus mengambil setiap langkah yang diperlukan untuk melawan dan menentang ini," kata jurucakap Kementerian Luar, Zhao Lijian kepada wartawan pada Isnin. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X