Selasa, 26 Mei 2020 | 1:10pm
Gambar fail menunjukkan anggota keselamatan menggunakan pembesar suara bagi meningkatkan kesedaran mengenai jangkitan COVID-19 di kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan anggota keselamatan menggunakan pembesar suara bagi meningkatkan kesedaran mengenai jangkitan COVID-19 di kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh. - Foto AFP

COVID-19: 15,000 etnik Rohingya dikuarantin di kem pelarian

DHAKA: Kira-kira 15,000 etnik Rohingya kini dikuarantin di kem pelarian di Cox's Bazar, berikutan jumlah jangkitan COVID-19 disahkan meningkat kepada 29 orang.

Pakar kesihatan sudah lama mengingat bahawa virus itu dapat menular melalui penempatan sempit yang menampung hampir sejuta pelarian Islam yang berlindung di kem berkenaan akibat keganasan etnik di Myanmar.

Pergerakan di kawasan itu juga dikenakan larangan pada April lalu walaupun kes pertama di kem pelarian dikesan pada pertengahan Mei.

Pegawai Kanan Kesihatan di daerah Cox's Bazar, Toha Bhuiyan berkata pelarian yang disahkan positif dibawa ke pusat pengasingan dan keluarga mereka dikuarantin walaupun walaupun tiada jangkitan yang kritikal dan hampir tidak menunjukkan sebarang gejala.

Beliau berkata, laluan sempit ke tiga daerah kem di mana sebahagian besar jangkitan dikesan, ditutup oleh pihak berkuasa.

Katanya, 15,000 pelarian Rohingya di dalam blok penempatan berkenaan turut disekat pergerakan mereka.

Pada masa sama, pekerja sukarela menyatakan kebimbangan dijangkiti di kem kerana mereka bekerja tanpa alatan perlindungan mencukupi.

Dua kawasan yang diasingkan ialah di kem Kutupalong, yang menempatkan sekitar 600,000 pelarian.

Bhuiyan berkata, pihaknya berusaha meningkatkan ujian secepat mungkin untuk memastikan dapat mengesan semua yang dijangkiti dan kontak mereka.

"Tujuh pusat pengasingan dengan kapasiti untuk merawat lebih daripada 700 pesakit COVID-19 telah disediakan," katanya.

Ketua Pegawai Kesihatan Cox's Bazar, Mahbubur Rahman, berkata

pihak berkuasa berharap akan menggandakan jumlah ujian yang dilakukan setiap hari dari 188 orang minggu ini.- AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X