Selasa, 26 Mei 2020 | 3:18pm
- foto hiasan
- foto hiasan

Ledakan pengeluaran pelitup muka di China, jejas bekalan fabrik buat lampin

BEIJING: Peningkatan pengeluaran pelitup muka China bagi membendung pandemik COVID-19, menyebabkan pengeluar lampin, tisu basah dan tuala wanita yang menggunakan bahan mentah sama, menjadi mangsa.

Pengilang berkata, tekstil seperti fabrik bukan tenunan kekurangan bekalan berikutan ia beralih kepada pembuatan pelitup muka yang lebih menguntungkan, menjadikan pengeluar produk kebersihan kekeringan bekalan.

Beberapa syarikat terpaksa mengurangkan separuh pengeluaran atau menaikkan harga, dengan industri menyatakan kebimbangan terhadap masa depan saluran bekalan.

Ketika wabak mendorong China mengenakan perintah berkurung selepas mula dikesan di Wuhan Disember lalu, pemimpin melakukan usaha besar-besaran menghasilkan pelitup muka untuk kakitangan perubatan yang ramai dan 1.4 bilion penduduk di negara itu.

Bagaimanapun, dengan pengeluar kenderaan sehingga ke kilang pakaian beralih ke pengeluaran pelitup muka bagi memenuhi permintaan, kos bahan mentah meningkat, di tengah penularan wabak yang tidak menunjukkan tanda akan berhenti di seluruh dunia.

Wakil Pengurus Besar pengeluar lampin Fujian Time dan Tianhe Industrial Co, Huang Tenglong berkata; "Bukannya kita kekurangan kapasiti untuk pengeluaran, tetapi biayanya sangat tinggi,".

"Pada Januari lalu, bahan mentah untuk lampin kami berharga sekitar 13,000 yuan (RM7,954) per tan dan boleh mencapai pada harga 140,000 yuan (RM85,661) atau 150,000 yuan (RM91,776)," katanya merujuk kepada tempoh akhir bulan lalu ketika permintaan global untuk topeng melonjak.

Timbalan Pengurus Besar pembuat lampin DaddyBaby, Lin Yanting berkata kos fabrik bukan tenunan kekal sekitar 50,000-60,000 yuan (RM30,593 - RM36,712) per tan.

"Lampin menggunakan lebih banyak bahan daripada topeng tetapi saya hanya akan memperoleh keuntungan jika saya menggunakan (kain) untuk topeng.

"Dalam persekitaran ini, banyak pengeluar yang lebih kecil tidak dapat bertahan ... Ini menjejaskan pengeluar lampin, pelitup muka dan produk berasaskan fabrik bukan tenunan lainnya." katanya. - AFP

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X