Isnin, 4 September 2017 | 6:36pm
PUTERA William dan isterinya, Kate bakal menimang anak ketiga. - Foto EPA

William, Kate bakal timang anak ketiga

LONDON: Putera William dan isterinya, Kate bakal menimang anak ketiga, kata Istana Kensington hari ini.

"Duke dan Duchess of Cambridge dengan gembira mengumumkan mereka bakal menimang anak ketiga.

"Baginda Ratu Elizabeth II dan kedua-dua anggota keluarga gembira dengan berita itu," kata Istana Kensington dalam satu kenyataan.

Kenyataan menyebut, Kate mengalami alahan waktu pagi yang teruk, masalah sama dialami ketika dua kehamilan awalnya dengan istana membatalkan urusan rasmi beliau hari ini.

Dua anak pasangan itu George dan Charlotte masing-masing berusia empat dan dua tahun.

Anak ketiga mereka akan menjadi pewaris takhta kelima monarki British.

William, 35, adalah anak sulung kepada pasangan Putera Charles, pewaris pertama takhta serta mendiang Puteri Diana. - Reuters

8144 dibaca
Berita Harian X
Teruskan ke laman Berita Harian »