Rabu, 29 November 2017 | 10:42pm
Gabungan gambar dari rakaman siaran langsung video di Mahkamah Jenayah Antarabangsa menunjukkan bekas jeneral Kroasia Slobodan Praljak meminum racun, semasa penghakimannya di mahkamah perang PBB di Zagreb. - Foto AFP

Pesalah perang Bosnia minum racun

ZAGREB: Komander pasukan perang Bosnia Croatia, Slobodan Praljak maut selepas meminum racun, sejurus selepas hakim Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menolak rayuannya bagi mengurangkan hukuman penjara 20 tahun, susulan jenayah perang ke atas masyarakat Islam Bosnia.

Stesen televisyen tempatan Croatia melaporkan, sumber yang rapat dengan Praljak memberitahu bahawa beliau meninggal dunia di hospital The Hague.

Kejadian itu berlaku pada saat-saat terakhir ketika hukuman dijatuhkan.

Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk Yugoslavia yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun 1993 akan berhenti operasi bulan depan, sebaik sahaja mandat diberikan tamat tempoh. - Reuters

Berita Harian X