Khamis, 7 Disember 2017 | 12:59pm
THERESA May.- Foto EPA

Lelaki didakwa cuba bunuh PM Britain

LONDON: Seorang Lelaki berusia 20 tahun, semalam didakwa merancang untuk membunuh Perdana Menteri Britain, Theresa May dalam serangan bom dan tikaman.

Naa'imur Zakariyah Rahman dituduh merancang satu letupan di luar pejabat May di Downing Street kemudian cuba masuk ke dalam bangunan itu dengan jaket yang dipasang bahan letupan serta pisau dalam cubaan untuk membunuh beliau.

Pendakwa raya negeri, Mark Carroll berkata, Rahman merancang untuk meletupkan bahan letupan buatan itu di pintu pejabat Downing Street, kemudian dalam kekacauan berkenaan, dia cuba masuk ke dalam bangunan untuk membunuh Perdana Menteri.

Dia didakwa merancang untuk menggunakan jaket yang dipasang dengan bom buatan sendiri, penyembur lada dan pisau, kata Carroll kepada Mahkamah Majistret Westminster. AFP

218 dibaca
Berita Harian X