Rabu, 13 Disember 2017 | 9:59am
HARRY menghadiri tayangan perdana Star Wars: The Last Jedi, di Royal Albert Hall, London. - Foto Reuters
PUTERA William dan adiknya, Harry menghadiri tayangan perdana Star Wars: The Last Jedi, di Royal Albert Hall, London. - Foto Reuters
PUTERA William dan adiknya, Harry menghadiri tayangan perdana Star Wars: The Last Jedi, di Royal Albert Hall, London. - Foto Reuters

William, Harry hadiri tayangan perdana Star Wars

LONDON: Pewaris takhta Britain, Putera William dan adiknya, Harry, menyertai barisan bintang menghadiri tayangan perdana Eropah siri terbaru filem fiksyen sains Star Wars: The Last Jedi semalam.

Kedua-dua beradik itu berjalan di atas permaidani merah menghadiri majlis itu di Royal Albert Hall, dan disambut dengan watak droid BB-8 yang tunduk kepada putera berkenaan.

Mereka dilaporkan memainkan watak undangan sebagai anggota stormtrooper dalam filem itu, selepas melawat set penggambaran pada April 2016 apabila dikatakan menjalani rakaman adegan itu.

William dan Harry, yang baru mengumumkan pertunangannya dengan aktres Amerika Syarikat, Meghan Markle, juga bertemu dengan pelakon siri 'The Las Jedi' dan dihadiahkan dengan topi keledar stormtrooper.

Dirakamkan di Studio Pinewood berhampiran London dan di pantai barat Ireland, 'The Last Jedi', adalah siri kelapan filem itu dan sepanjang 153 minit.

Pelakon yang membawakan watak Luke Skywalker, Mark Hamill, berkata siri Star Wars menyaksikan karektornya membuka jalan kepada bintang baru.

"Ia seolah-olah sekumpulan kanak-kanak menyelongkar kotak mainan lama saya dan bermain dengan mainan saya. Saya sukakannya!" kata Hamill pada tayangan itu. - AFP

Berita Harian X