Isnin, 29 Januari 2018 | 7:31am
DONALD Trump. - Foto EPA

Trump dakwa dirinya genius

LONDON : Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa dirinya sebagai seorang genius dan hanya mengambil makanan berkualiti.

Ketika ditanya mengenai kesihatan dan tahap kecergasan yang didakwa lemah, Trump dalam wawancara oleh rangkaian televisyen ITV berkata, beliau seorang genius.

Dalam wawancara itu, Trump turut ditanya mengenai pengambilan makanan segera seperti burger dan minuman berkarbonat Coca Cola.

"Saya hanya mengambil makanan terpilih, dari kalangan chef terbaik dunia. Saya mengambil makanan sihat dan ada kalanya menikmati makanan segera.

"Saya rasa saya memiliki tabiat pemakanan yang agak bagus," katanya.

Beliau juga bersedia menimbangkan kemungkinan untuk menetap di Paris tetapi ia perlu memberi manfaat kepada Amerika Syarikat. - Reuters

871 dibaca
Berita Harian X