Isnin, 5 March 2018 | 1:33am
EMPAT terbunuh dan kira-kira 20 lagi cedera apabila sebuah bangunan runtuh di Poznan, barat Poland, yang berkemungkinan berpunca daripada letupan gas, semalam. - Foto Reuters

Empat maut bangunan runtuh

WARSAW: Empat terbunuh dan kira-kira 20 lagi cedera apabila sebuah bangunan runtuh di Poznan, barat Poland, yang berkemungkinan berpunca daripada letupan gas, lapor agensi berita PAP semalam.

Letupan awal pagi semalam itu memusnahkan empat daripada 18 pangsapuri di bangunan itu, menurut PAP, memetik kenyataan wakil pasukan bomba tempatan.

Pejabat pendakwa raya berkata, siasatan dijangka bermula hari ini.

"Melihat kepada tahap kemusnahan bangunan, ia mungkin berpunca daripada letupan gas tetapi kami masih belum pasti.

"Buat masa ini, aktiviti bertumpu kepada operasi menyelamat," kata jurucakap bomba.

Ramai penduduk di Poland menggunakan gas untuk memasak atau memanaskan air. - Reuters

Berita Harian X