Jumaat, 16 March 2018 | 7:39am
PASUKAN keselamatan bertempur dengan pendatang di tengah ibu kota Sepanyol semalam. - Foto AFP
PASUKAN keselamatan bertempur dengan pendatang di tengah ibu kota Sepanyol semalam. - Foto AFP

Kematian pendatang cetus bantahan ganas

MADRID: Pasukan keselamatan bertempur dengan pendatang di tengah ibu kota Sepanyol semalam susulan kematian seorang lelaki Senegal yang didakwa mereka dikejar sepanjang jalan raya oleh polis.

Polis pencegah rusuhan dan pasukan bomba dikerah ke Lavapies, daerah di Madrid yang mempunyai ramai pendatang, apabila mereka membakar tong sampah dan motosikal, dan membaling batu ke arah pasukan keselamatan.

Penunjuk perasaan memberitahu mereka membantah sebagai sokongan kepada Mmame Mbage, vendor jalanan berusia pertengahan 30-an dari Senegal, yang tiba di Sepanyol dengan bot, 12 tahun lalu.

PASUKAN keselamatan bertempur dengan pendatang di tengah ibu kota Sepanyol semalam. - Foto AFP
PASUKAN keselamatan bertempur dengan pendatang di tengah ibu kota Sepanyol semalam. - Foto AFP

Pasukan kecemasan berkata, Mbage ditemui tidak sedarkan diri di jalan raya di Lavapies oleh polis peronda.

"Mereka cuba menyedarkan beliau apabila pasukan kecemasan tiba," kata jurucakap, menambah Mbage meninggal dunia kerana denyutan jantung berhenti.

Jurucakap berkata, beliau tidak tahu apa yang berlaku kepada Mbage sebelum beliau pitam, tetapi beberapa vendor jalanan memberitahu mangsa dikejar polis dari Puerta del Sol.

"Polis perbandaran tiba dan mengejar beliau dari Sol ke Lavapies dengan motosikal.

"Akhirnya beliau meninggal dunia di sini," kata vendor dari Senegal, Modou, 25, yang enggan memberikan nama penuhnya. - AFP

Berita Harian X