Jumaat, 30 March 2018 | 1:31am
MENTERI Luar Russia, Sergei Lavrov. - Foto AFP
MENTERI Luar Russia, Sergei Lavrov. - Foto AFP

Russia usir 60 diplomat AS, tutup konsulat

MOSCOW: Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, semalam berkata Moscow akan mengusir 60 diplomat Amerika Syarikat dan menutup konsulatnya di Saint Petersburg bagi membalas tindakan sama dilakukan negara itu berhubung kes racun bekas pengintip Kremlin, Sergei Skripal.

Lavrov berkata, Duta AS sudah dimaklumkan 'langkah membalas dendam' itu, berkata ia 'termasuk pengusiran ramai diplomat dan keputusan menarik balik kebenaran beroperasi kepada konsulat AS di Saint Petersburg'.

Washington, sebelum ini mengarahkan pengusiran diplomat dan menutup konsulat Russia di Seattle. - AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X