Ahad, 29 April 2018 | 4:54pm
 LAPANGAN terbang Schiphol di ibu kota Belanda ditutup sementara hari ini susulan gangguan bekalan elektrik. - Foto EPA
LAPANGAN terbang Schiphol di ibu kota Belanda ditutup sementara hari ini susulan gangguan bekalan elektrik. - Foto EPA

Lapangan terbang Schiphol terjejas susulan gangguan elektrik

AMSTERDAM: Lapangan terbang Schiphol di ibu kota Belanda ditutup sementara hari ini susulan gangguan bekalan elektrik yang menjejaskan semua operasi di salah sebuah lapangan terbang paling sibuk di Eropah itu.

Pihak berkuasa menutup jalan ke Schiphol dan menghentikan laluan kereta api ke lapangan terbang itu sekitar jam 5.00 pagi ini waktu tempatan untuk memastikan keselamatan semua pelancong, kata kenyataan lapangan terbang, ketika prosedur periksa masuk tidak dapat dilakukan dan dewan utamanya dipenuhi penumpang pesawat yang menunggu.

Jalan raya ke lapangan terbang dibuka semula kira-kira jam 6.30 pagi waktu tempatan apabila elektrik dipulihkan semula, tetapi gangguan perkhidmatan memberi akibat teruk kepada laluan udara sepanjang hari, kata jurucakap lapangan terbang, Jacco Bartels.

Ia juga menjejaskan penerbangan ke Amsterdam di lapangan terbang lain, kerana Schiphol adalah satu-satunya yang mampu menangani ketibaan 10 pesawat sejam pada pagi Ahad ketika keutamaan diberikan kepada banyak kapal terbang yang menunggu untuk meninggalkan lapangan terbang itu.

Schiphol adalah lapangan terbang ketiga paling sibuk di Eropah dalam bilangan pengunjung selepas Heathrow di London dan Charles de Gaulle di Paris. -Reuters

Berita Harian X