Rabu, 9 Mei 2018 | 2:33am
GAMBAR fail, pekerja Iran berdiri di hadapan loji kuasa nuklear Bushehr, kira-kira 1,200 km (746 batu) selatan Tehran, Iran, pada Oktober 2010. - Foto REUTERS
GAMBAR fail, pekerja Iran berdiri di hadapan loji kuasa nuklear Bushehr, kira-kira 1,200 km (746 batu) selatan Tehran, Iran, pada Oktober 2010. - Foto REUTERS

Trump sedia tarik perjanjian nuklear Iran

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini mengatakan bersedia menarik balik perjanjian nuklear dengan Iran.

Trump juga mengatakan kesediaan untuk mengulangi sekatan dan mengabaikan perjanjian 2015 dan ia diyakini sekutunya sebagai langkah terakhir untuk mengatasi persaingan senjata di Asia Barat.

Seorang pegawai kerajaan AS memberitahu AFP bahawa Trump berhasrat mengumumkan beliau sudah menggugurkan komitmen Washington di bawah perjanjian itu, dalam mengekang gesaan ibu negara Eropah agar mempunyai lebih masa untuk berunding dengan 'Rancangan B'

Trump yang sekian lama berjanji untuk mengingkari perjanjian 'berat sebelah' dijangka akan berucap jam 2 petang di Rumah Putih dengan beberapa penyokongnya berharap beliau mungkin mengembalikan sekatan atau membenarkan lebih masa untuk berbincang.

Sebaliknya, ia seolah-olah berkemungkinan besar merosakkan perjanjian itu, yang sebelum ini Barack Obama bersetuju dengan Britain, China, Perancis, Jerman dan Russia dan mencabar rejim Tehran untuk memulakan program pengayaan dan menduga usaha senjata nuklear negara itu.

Sementara itu, bekas pegawai pentadbiran Obama berkata perkara itu akan meletakkan Washington pada percanggahan dengan Iran selain menjarakkan Rumah Putih dari sekutu utamanya, meletakkan rakyat AS pada risiko dan melemahkan usaha untuk rundingan senjata nuklear Korea Utara dan mengancam konflik baharu dengan Asia Barat. -AFP.

Berita Harian X