Rabu, 9 Mei 2018 | 9:41pm
TAMAN Tema Legoland melancarkan model mini Putera Harry dan Meghan Markle bagi meraikan majlis perkahwinan mereka. - Foto AFP
REPLIKA majlis perkahwinan itu mengambil masa 752 jam untuk dibina. - Foto AFP
MODEL Lego penyanyi kumpulan Spice Girls dan pemuzik Elton John diletakkan di luar model Lego-batu Windsor Castle di Legoland di Windsor untuk meraikan majlis diraja.

Model mini perkahwinan Harry, Meghan

LONDON: Taman Tema Legoland melancarkan model mini Putera Harry dan Meghan Markle bagi meraikan majlis perkahwinan mereka yang bakal diadakan di Istana Windsor, tidak lama lagi.

Replika mini itu dibina pembuat model dengan menggunakan 60,000 kepingan Lego.

Mereka turut menggunakan 60 kepingan Lego untuk membina Meghan yang mengenakan gaun pengantin dan Harry berdiri di sisinya.

Pihak Lego memberitahu, replika majlis perkahwinan itu mengambil masa 752 jam untuk dibina dan akan dipamerkan di taman tema yang terletak lima kilometer (km) dari Istana Windsor.

Menerusi replika itu, mereka cuba mencipta suasana sebenar di majlis yang akan berlangsung pada 19 Mei ini apabila pasangan diraja itu dibawa menaiki kereta kuda menuju ke istana sambil disaksikan 500 orang.

Ia juga lengkap dengan model mini Ratu Elizabeth dan Duke of Edinburgh bersama pengapit Harry, Putera William dan isteri, Kate serta anak mereka, Putera George dan Puteri Charlotte bersama ibu bapa Meghan. - Reuters

Berita Harian X