Isnin, 14 Mei 2018 | 6:13pm
75 penerbangan dibatalkan menjejaskan 60,000 penumpang. - Foto Reuters
75 penerbangan dibatalkan menjejaskan 60,000 penumpang. - Foto Reuters

Juruterbang mogok jejas 60,000 penumpang Brussels Airlines

BRUSSELS: Tindakan mogok selama dua hari yang dilancarkan oleh juruterbang, syarikat penerbangan Brussels Airlines memaksa 75 penerbangan dibatalkan hari ini, sekali gus menjejaskan 60,000 penumpang.

Jurucakap anak syarikat kumpulan Lufthansa itu berkata, mogok itu turut menjejaskan tiga perempat daripada 278 penerbangan yang dijadualkan tiba dan berlepas hari ini, selain 279 penerbangan pada Rabu.

Syarikat berpangkalan di Belgium yang diambil alih oleh Lufthansa pada akhir 2016, turut meminta kerjasama rakan kongsi penerbangan itu, termasuk Swissair dan Austrian Airlines, untuk meningkatkan kekerapan penerbangan ke Brussel bagi mengurangkan kesan akibat mogok terbabit.

Minggu lalu, syarikat itu mengumumkan perbincangan yang berlangsung selama berbulan-bulan gagal mencapai persetujuan, apabila kedua-dua lebih tertumpu kepada usaha meningkatkan kadar gaji, walaupun sebenarnya juruterbang mahu mereka diberi peluang budaya kerja yang lebih seimbang.

Pengurusan penerbangan itu dilaporkan mengadakan perbincangan lanjut mengenai tindakan mogok itu hari ini. - AFP

Berita Harian X