Jumaat, 22 Jun 2018 | 3:30pm

Polis British tahan lelaki dakwa miliki bom

LONDON: Polis Britain berkata hari ini, mereka menahan seorang lelaki di stesen kereta api Charing Cross di ibu kota ini yang mendakwa memiliki bom.

Polis Pengangkutan British menerusi tweet berkata, seorang lelaki yang mendakwa memiliki bom di stesen #CharingCross sudah ditahan.

"Kami kini berusaha membuka semula stesen berkenaan secepat mungkin," katanya.

Rakaman diedarkan media sosial menunjukkan kehadiran sejumlah besar anggota polis termasuk pegawai bersenjata di stesen berkenaan yang mengendalikan perkhidmatan ke ibu kota ini dari tenggara England.

Britain ketika ini berada di tahap ancaman peringkat kedua tertinggi, bermaksud serangan oleh militan dianggap tidak mustahil berlaku. -Reuters

Berita Harian X