Isnin, 10 September 2018 | 3:46pm
GEERT Wilders. - Foto REUTERS
GEERT Wilders. - Foto REUTERS

Batal pertandingan lukis karikatur Nabi Muhammad

CERNOBBIO (Itali): Ahli perundangan anti-Islam Belanda, Geert Wilders, tidak ada rancangan mengadakan semula pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad ‘buat masa ini’.

Ini berikutan pendedahan bahawa perkara itu adalah antara motif seorang lelaki yang bertindak menikam orang awam di Amsterdam, minggu lalu.

Ketika ditemui di luar sebuah persidangan di Itali, Wilders menyuarakan rasa terkejut atas serangan itu yang membabitkan seorang lelaki berusia 19 tahun berasal dari Afghanistan.

Lelaki itu menikam dan mencederakan dua pelancong Amerika Syarikat di stesen kereta api utama di ibu negara Belanda itu.

Serangan itu berlaku selepas Wilders membatalkan rancangan mengadakan pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad yang turut menyebabkan Menteri Luar baru Pakistan menyuarakan kebimbangan bahawa ia hanya akan meningkatkan kebencian dan sikap enggan bertoleransi.

“Buat masa ini saya tidak akan adakannya sekali lagi, itu pasti,” kata Wilders kepada agensi berita di persidangan Ambrosetti yang menjemputnya berucap mengenai masa depan Kesatuan Eropah. - Reuters

Berita Harian X