Jumaat, 28 September 2018 | 7:44am
TERESA May (kiri) dan Boris Johnson. - Foto fail AFP

Boris Johnson desak Teresa May batal usul Brexit

LONDON: Bekas Setiausaha Luar Britain, Boris Johnson, mendesak Perdana Menteri, Theresa May membatalkan usulnya mengenai Brexit.

Desakan itu dianggap satu tekanan tambahan terhadap May, ketika beliau dikatakan berdepan dengan perpecahan dalam partinya, yang dijangka mengadakan persidangan tahunan dalam tempoh dua hari lagi.

“Ini adalah sama yang sesuai untuk mengubah hala tuju dalam rundingan dan bertindak adil terhadap hasrat serta cita-cita mengenai Brexit,” katanya dalam tulisan yang diterbitkan oleh Daily Telegraph.

Johnson adalah antara individu yang paling menonjol mengenai pelaksanaan Brexit pada pungutan suara yang berlangsung pada 2016.

Beliau meletak jawatan sebagai Setiausaha Luar pada Julai lalu, kerana membantah usul May mengenai Brexit. - Reuters

Kemelut Kerajaan

Berita Harian X