Rabu, 24 Oktober 2018 | 10:25am
JON James maut selepas terjatuh dari sayap sebuah pesawat ketika sedang menjalankan satu rakaman video muzik.
JON James maut selepas terjatuh dari sayap sebuah pesawat ketika sedang menjalankan satu rakaman video muzik.

Penyanyi rap Kanada maut laku aksi lagak ngeri

OTTAWA: Seorang penyanyi rap Kanada maut selepas terjatuh dari sayap sebuah pesawat ketika sedang menjalankan satu rakaman video muzik, kata pasukan pengurusan.

Menurut kenyataan, Jon James, 33, dilaporkan meninggal dunia serta merta semasa insiden ‘berjalan atas sayap pesawat’ di Vernon, British Columbia, Sabtu lalu.

“Beliau berlatih secara intensif dengan melakukan adegan lasak ngeri, namun selepas keluar menuju ke sayap pesawat Cessna dia tiba-tiba tergelincir sebelum terjatuh dari pesawat itu.

“Jon sempat bergantung atas sayap sebelum sempat menarik payung terjunnya,” kata kenyataan yang disiarkan serentak dengan pelancaran kutipan derma pengebumian dan penyiaran muzik baharu James itu.

James menempa nama sebagai penerjun bebas yang kompetitif dan terkenal kerana melakukan aksi lagak ngeri yang melampau.

Sementara itu, Polis Diraja Kanada mengesahkan insiden kematian mengejut seorang pelagak ngeri terbabit pada petang Sabtu lalu. -AFP.

Berita Harian X