Isnin, 10 Disember 2018 | 11:35am
PERDANA Menteri Britain, Theresa May. - Foto Reuters
PERDANA Menteri Britain, Theresa May. - Foto Reuters

Konservatif dijangka kalah besar di Parlimen isu Brexit

LONDON: Perdana Menteri Britain, Theresa May, bergelut menghidupkan kerjaya politiknya minggu ini pada undian Parlimen yang akan menentukan masa depan perjanjian Brexit.

Kerajaan yang berpecah belah pimpinan May kelihatan berhadapan kekalahan besar di Parlimen esok mengenai rangka perjanjian penarikan diri dari Kesatuan Eropah (EU) yang ditandatanganinya dengan Brussels bulan lalu.

Teks itu mendefinisikan syarat membabitkan negara itu meninggalkan rakan dagang utamanya selepas 46 tahun adalah yang paling penting untuk berhadapan Parlimen dalam masa beberapa tahun.

Kekalahan besar boleh mencetuskan cabaran untuk May daripada kalangan Parti Konservatif sendiri atau pembangkang, Parti Buruh.

Ia juga meninggalkan proses Brexit dalam keadaan tidak tentu, dan meningkatkan prospek senario tiada perjanjian, tidak sampai empat bulan selepas tarikh pengunduran pada 29 Mac ini.

Laporan media menyatakan May dalam tekanan hebat daripada Kabinetnya untuk cuba menyelamatkan perjanjian dengan menangguhkan undian dan mengunjungi Brussels untuk mendapatkan lebih banyak konsesi menjelang sidang kemuncak terancang dengan 27 pemimpin EU lain pada Khamis dan Jumaat ini.

Namun Setiausaha Brexit, Stephen Barclay, memberitahu Perbadanan Penyiaran Britain (BBC), semalam: “Undian akan diteruskan”.

Pasukan May menegaskan visinya menawarkan perpisahan paling bersih antara Britain dan EU dan penyokong Brexit boleh menaruh harapan pada peringkat akhir ini. — AFP

Berita Harian X