Isnin, 31 Disember 2018 | 9:30am

Rakyat Britain mohon pasport Ireland bertambah

DUBLIN: Bilangan rakyat Britain yang memohon pasport Ireland meningkat 22 peratus pada 2018, kata Kementerian Luar Ireland hari ini, lebih dua kali ganda permohonan keseluruhan tahunan sejak Britain mengundi untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU).

Hampir 100,000 rakyat Britain yang layak mahu terus memiliki kerakyatan EU mereka menerusi pasport dari negara jiran terdekat tahun ini, meningkat daripada 81,000 tahun lalu dan 46,000 pada 2015, tahun sebelum undian Brexit membawa kepada peningkatan mendadak permohonan itu.

Sesiapa yang lahir di Republik Ireland atau Ireland Utara, atau salah seorang ibu bapa atau datuk dan nenek ialah rakyat Ireland, layak memiliki pasport negara itu, secara keseluruhan kira-kira enam juta rakyat Britain.

Mereka juga boleh memilik dua kerakyatan.

Pendaftaran bagi pasport Ireland di Ireland Utara, yang penduduknya boleh memilik pasport Ireland dan Britain kerana wilayah itu sebahagian daripada United Kingdom, meningkat dua peratus tahun ini hingga akhir Disember.

Dengan baki tiga bulan sebelum United Kingdom dijadualkan meninggalkan EU pada 29 Mac, rangka perjanjian perpisahan yang dicapai kedua-dua pihak masih samar menjelang undian yang dirancang di Parlimen Britain bulan depan, yang membuka pelbagai kemungkinan tanpa perjanjian perdagangan untuk membatalkan ia sepenuhnya. — Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X