Ahad, 13 Januari 2019 | 11:26pm
Lokasi kemalangan membabitkan sebuah bas mini dan trak di Kiruna, Sweden di sempadan Finland.

6 rakyat Switzerland maut nahas di Sweden

STOCKHOLM: Enam warga Switzerland maut dalam kemalangan jalan raya di utara Sweden, apabila bas mini yang dinaiki bertembung dengan trak.

“Punca kemalangan, yang berlaku awal pagi semalam berhampiran bandar Kiruna, belum diketahui,” kata polis Sweden.

Kementerian Luar Switzerland turut mengesahkan enam yang terbunuh adalah warga negara itu, dan mangsa ketujuh yang cedera dalam bas mini adalah rakyat tempatan.

Menurut laporan media tempatan Sweden, bas mini berkenaan terbabas ke arah trafik dari arah bertentangan ketika tiba di selekoh dan bertembung dengan trak membawa bijih besi. - AFP

Berita Harian X