X
Khamis, 14 Februari 2019 | 7:56am
Theresa May. - Foto Reuters
Theresa May. - Foto Reuters

40 bekas diplomat gesa May tangguh Brexit

LONDON: Lebih 40 bekas duta Britain menggesa Perdana Menteri, Theresa May, menangguhkan pengunduran negara itu dari Kesatuan Eropah (EU), lapor akhbar The Times semalam.

Diplomat berkata, melanjutkan Brexit adalah jalan terbaik dalam usaha menjelaskan syarat hubungan seterusnya antara Britain dan EU atau membolehkan pungutan suara kedua diadakan.

Kecuali May boleh membuatkan perjanjian Brexit diluluskan Parlimen Britain sebelum 29 Mac, beliau terpaksa memutuskan sama ada menangguhkan Brexit atau meletakkan ekonomi kelima terbesar dunia itu dalam kekacauan dengan mengundur tanpa sebarang perjanjian. — Reuters

Berita Harian X