Khamis, 14 Februari 2019 | 11:16pm
Barclay berkata, Britain akan meninggalkan EU pada 29 Mac dengan atau tanpa perjanjian. -Foto AFP
Barclay berkata, Britain akan meninggalkan EU pada 29 Mac dengan atau tanpa perjanjian. -Foto AFP

Britain keluar EU Mac dengan atau tanpa perjanjian -Menteri

LONDON: Britain akan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) bulan depan tanpa satu perjanjian kecuali blok itu menawarkan konsesi yang membolehkan Parlimen menyokong perjanjian pemisahan Perdana Menteri Theresa May, kata Menteri Brexit, Stephen Barclay hari ini.

Barclay berkata, perundangan diluluskan tahun lalu bermaksud, Britain akan meninggalkan EU pada 29 Mac jam 11 malam dengan atau tanpa perjanjian adalah satu keutamaan berbanding usul diluluskan Parlimen bulan lalu, memutuskan Brexit tanpa perjanjian.

“Parlimen meluluskan perundangan bahawa kami akan berpisah daripada EU pada 29 Mac dan meletakkan tarikh untuk pemisahan sama ada dengan atau tanpa perjanjian.

“Perundangan itu menjadi keutamaan berbanding usul,” kata Barclay kepada Parlimen. -Reuters

Berita Harian X