Jumaat, 1 March 2019 | 2:24pm
Artis berusia 28 tahun itu, mengenali isterinya sejak kanak-kanak di Suffolk, timur England. Mereka dilaporkan berjanji temu sejak 2015. -Foto Agensi
Artis berusia 28 tahun itu, mengenali isterinya sejak kanak-kanak di Suffolk, timur England. Mereka dilaporkan berjanji temu sejak 2015. -Foto Agensi

Ed Sheeran kahwini teman wanita dalam majlis kecil-kecilan - Laporan

LONDON: Penyanyi dan penulis lirik dari Britain, Ed Sheeran mengahwini teman wanitanya, Cherry Seaborn dalam satu upacara perkahwinan kecil musim sejuk, lapor akhbar The Sun semalam.

“Ed berkahwin beberapa hari sebelum Krismas. Ia satu majlis kecil dihadiri rakan sekolah lama, keluarga dan paderi,” kata sumber tidak dinamakan kepada akhbar tabloid.

Artis berusia 28 tahun itu, antara yang paling laris di dunia, mengenali isterinya sejak kanak-kanak di Suffolk, timur England. Mereka dilaporkan berjanji temu sejak 2015.

The Sun melaporkan, majlis itu dihadiri kira-kira 40 orang di kediaman penyanyi itu di Suffolk.

Bagaimanapun, pasangan itu dikatakan merancang parti gaya festival pada musim panas atau Mei ini. -AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X