Selasa, 12 March 2019 | 8:22am
Peguam Sebastien Courtoy (kanan) mewakili Mehdi Nemmouche pelampau Perancis yang menembak mati empat orang di sebuah muzium Yahudi, menjawab soalan pemberita di luar mahkamah Brussels. - Foto AFP

Penembak muzium Yahudi, dipenjara seumur hidup

BRUSSELS: Seorang pelampau Perancis yang menembak mati empat orang dalam satu serangan pengganas di sebuah muzium Yahudi, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh mahkamah Brussels, hari ini.

Mehdi Nemmouche disabitkan dengan kesalahan ‘pembunuhan pengganas’ minggu lalu selepas mengamuk dan melakukan serangan senjata anti-Semitik di ibu negara Belgium pada Mei 2014.

Difahamkan, jenayah itu dilakukan selepas dia pulang dari pertempuran di Syria.

Nacer Bendrer, yang didapati bersalah membantu merancang serangan dengan membekalkan senjata yang digunakan Nemmouche, dijatuhi hukuman penjara 15 tahun. - AFP

Berita Harian X