Khamis, 18 April 2019 | 8:20am

Parlimen EU sokong denda firma internet lambat sekat kandungan keganasan

STRASBROUG: Parlimen Kesatuan Eropah (EU) menyokong untuk mengenakan denda sehingga empat peratus daripada perolehan firma seperti Facebook, Google dan Twitter jika gagal menyekat kandungan berbentuk keganasan dalam masa sejam selepas diminta berbuat demikian oleh pihak berkuasa.

Langkah itu menjadi fokus utama sejak penstriman langsung oleh seorang pengganas ketika membunuh 50 jemaah di dua masjid New Zealand Mac lalu menggunakan salah satu platform Facebook.

Sejumlah 308 undi diperoleh berbanding 204 dengan 70 berkecuali untuk menyokong cadangan menangani penyalahgunaan perkhidmatan hosting internet bagi tujuan keganasan.

“Syarikat-syarikat yang secara sistematik dan berterusan gagal mematuhi undang-undang akan dikenakan sekatan sehingga empat peratus daripada perolehan global mereka,” katanya.

Parlimen Eropah baharu, yang akan dipilih pada 23 hingga 26 Mei ini, bakal memuktamadkan teks undang-undang selepas berunding dengan Suruhanjaya Eropah dan wakil-wakil kerajaan EU, suatu proses yang mungkin mengambil masa berbulan-bulan. - Reuters

Berita Harian X