Isnin, 6 Mei 2019 | 8:26pm

Kilat punca pendaratan cemas - Juruterbang

MOSCOW: Juruterbang pesawat penumpang Russia yang terbakar di landasan lapangan terbang dan membunuh 41 penumpang dikatakan berpunca daripada kilat yang memaksa beliau melakukan pendaratan cemas.

Kumpulan penyiasat masih belum dapat mencari apakah puncanya sehingga kapal terbang Sukhoi Superjet-100 disambar api besar yang memaksa ia berpatah balik ke Lapangan Terbang Sheremetyevosa sejurus berlepas, kelmarin.

Juruterbang, Denis Yevdokimov memberitahu media Russia bahawa pesawat itu hilang komunikasi dan perlu menukar kepada isyarat kawalan kecemasan kerana terkena kilat dalam penerbangan ke bandaraya Murmansk di Artik.

Bagaimanapun, dia tidak menjelaskan secara jelas bagaimana kejadian itu berlaku.

“Kami berjaya memulihkan komunikasi menerusi frekuensi kecemasan melalui radio. Namun perhubungan itu hanya untuk satu tempoh yang singkat dan ia terputus-putus. Saya hanya mampu menyebut beberapa perkataan,” katanya kepada akhbar Komsomolskaya Pravda, semalam. - AFP

ANGGOTA penyiasat memeriksa kapal terbang Sukhoi Superjet-100 yang terbakar di Lapangan Terbang Sheremetyevosa. - Foto Reuters
41 penumpang maut dalam nahas pesawat yang terbakar di landasan Lapangan Terbang Sheremetyevosa. - Foto EPA
Pesawat Sukhoi Superjet-100 terkena kilat dalam penerbangan ke bandaraya Murmansk di Artik. - Foto Reuters
Kumpulan penyiasat masih belum dapat mencari apakah puncanya sehingga kapal terbang Sukhoi Superjet-100 disambar api besar. - Foto Reuters
Kapal terbang Sukhoi Superjet-100 disambar api besar yang memaksa ia berpatah balik ke Lapangan Terbang Sheremetyevosa sejurus berlepas. - Foto Reuters
Berita Harian X