Selasa, 7 Mei 2019 | 3:24pm
FOTO fail ini diambil pada 19 Mei 2018, Putera Harry dan isterinya Meghan Markle, melambai tangan di luar Istana Windsor selepas majlis perkahwinan mereka. -
FOTO fail ini diambil pada 19 Mei 2018, Putera Harry dan isterinya Meghan Markle, melambai tangan di luar Istana Windsor selepas majlis perkahwinan mereka. -

Kaki judi rancak bertaruh nama anak Harry, Meghan

LONDON: Pusat perjudian menyenaraikan James, Arthur, Philip dan Albert mendahului senarai nama kegemaran kepada bayi lelaki Putera Harry dan Meghan Markle, yang dilahirkan semalam.

Harry berkata, nama anaknya akan diberitahu hujung minggu ini.

Nama anggota keluarga diraja Britain biasanya dipilih daripada nama yang pernah digunakan keturunan mereka sebelum ini.

Keadaan ini menyukarkan bagi Harry dan Meghan, bekas pelakon Amerika Syarikat berdarah campuran, untuk memilih sama ada mengikut tradisi diraja atau memilih nama lebih luar biasa.

Bagaimanapun, disebabkan bayi mereka berada dalam senarai ketujuh pewaris takhta dan berkemungkinan besar tidak akan menjadi Raja England, pasangan itu ada kebebasan memilih.

Ketika Meghan mengendalikan blok gaya hidup, The Tig, sebelum perkahwinannya tahun lalu, beliau menulis bahawa antara nama kegemarannya bagi bayi adalah Grey, yang boleh digunakan untuk kedua-dua jantina.

Keadaan ini mungkin menimbulkan rasa tidak senang di Britain, begitu juga jika nama yang kedengaran terlalu Amerika seperti Bradley, yang dilihat amat sukar diterima pusat judi.

Tersenarai agak tinggi adalah Spencer, nama popular di AS yang juga nama keluarga ibu Harry, mendiang Puteri Diana.

Rupert Adams dari pusat judi William Hill, berkata beliau melihat peningkatan besar dalam pertaruhan nama sejak kelahiran itu.

“Arthur adalah kegemaran baru tetapi kami melihat banyak perubahan dalam dalam pertaruhan dalam masa beberapa jam atau hari,” katanya.

Sementara pusat judi Paddy Power, Alexander dan James turut menjadi pertaruhan walaupun pertaruhan untuk Oliver semakin menurun.

Arthur, sempena nama Raja Arthur, adalah nama tengah popular bagi keluarga diraja yang digunakan Putera Charles, Putera William dan anak William, Louis. — AFP

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X