Khamis, 27 Jun 2019 | 1:41pm
Keadaan pesawat penumpang Antonov An-24 yang melakukan pendaratan cemas lalu terbabas dan merempuh bangunan kecil lalu terbakar di republik Buryatia di Siberia, Russia.
Keadaan pesawat penumpang Antonov An-24 yang melakukan pendaratan cemas lalu terbabas dan merempuh bangunan kecil lalu terbakar di republik Buryatia di Siberia, Russia.

2 maut, 7 cedera pesawat terbabas di Russia

MOSCOW: Dua maut dan tujuh lagi cedera apabila pesawat penumpang Antonov An-24 melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang di republik Buryatia di Siberia, Russia, hari ini.

Pesawat membawa 46 penumpang termasuk empat anak kapal yang dalam penerbangan dari ibu kota wilayah itu, Ulan-Ude ke Nizhneangarsk.

Kementerian Kecemasan wilayah itu, berkata, pesawat berkenaan terbabas selepas mendarat, merempuh bangunan kecil dan terbakar.

Penerbangan itu dikendalikan syarikat penerbangan Angara, lapor media. — Reuters

Berita Harian X