Jumaat, 12 Julai 2019 | 5:35pm
Sholban Kara-ool.
Sholban Kara-ool.

10 maut kenderaan tenggelam di Russia

MOSCOW: Enam kanak-kanak adalah antara 10 yang terbunuh apabila sebuah kenderaan pelbagai guna tenggelam ketika menyeberangi sungai terpencil di Siberia, kata pihak berkuasa hari ini.

Anggota dua keluarga berkenaan dilaporkan lemas di wilayah Tyva di Siberia yang bersempadan dengan Mongolia, kata ketua wilayah itu.

“Sepuluh maut ketika cuba menyeberangi sungai Shui dengan kenderaan UAZ-469,” kata Sholban Kara-ool dalam kenyataan di Facebook, merujuk kenderaan pelbagai guna ringan yang boleh memuatkan sehingga tujuh penumpang.

Dalam kenyataan berasingan, penyiasat berkata penduduk tempatan menemui 10 mayat dalam kenderaan yang tenggelam.

Jawatankuasa Siasatan Russia, yang menyiasat kemalangan serius, berkata ia membuka siasatan jenayah mengenai kemungkinan berlaku pelanggaran peraturan keselamatan trafik. - AFP

Berita Harian X