Sabtu, 13 Julai 2019 | 8:40am
KAPAL tangki minyak Grace 1. - Foto AFP
KAPAL tangki minyak Grace 1. - Foto AFP

Polis Gibraltar bebas semua kru kapal tangki Iran

LONDON: Polis Gibraltar berkata pihaknya sudah membebaskan semua empat kru kapal tangki minyak Iran, Grace 1 dengan jaminan tanpa sebarang pendakwaan selepas ditahan minggu lalu kerana disyaki melanggar sekatan Eropah.

Menurut polis semalam, mereka menahan dua kelasi kapal sehari selepas kapten dan ketua pegawai kapal berkenaan ditahan.

Kenyataan polis menyebut, semua empat kru kapal berkenaan diberi jaminan bersyarat tanpa mengulas lanjut.

Bagaimanapun, siasatan tetap diteruskan dan Grace 1 masih ditahan.

Grace 1 sepanjang 330 meter, yang mampu membawa dua juta tong minyak, ditahan Khamis lalu oleh agensi polis dan kastam di Gibraltar, wilayah luar negara Britain di selatan Sepanyol.

Pihak berkuasa di Gibraltar berkata, mereka mengesyaki kapal itu membawa minyak mentah ke Syria yang melanggar sekatan Kesatuan Eropah.

Tehran menafikan perkara itu dan mendakwa kapal terbabit dipintas ketika berada di perairan antarabangsa. - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X