Isnin, 22 Julai 2019 | 7:11am
Setiausaha Luar Britain, Jeremy Hunt ketika berada di luar Downing Street, London, baru-baru ini. Foto Reuters
Setiausaha Luar Britain, Jeremy Hunt ketika berada di luar Downing Street, London, baru-baru ini. Foto Reuters

Britain, Jerman, Perancis bincang kes kapal tangki ditahan

LONDON: Setiausaha Luar Britain, Jeremy Hunt dilapor mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatannya di Perancis dan Jerman berhubung penahanan kapal tangki di Teluk, semalam.

“Kedua-dua menteri bersetuju dengan setiausaha luar (Hunt) bahawa laluan yang selamat bagi mana-mana kapal untuk berlayar di Selat Hormuz menjadi keutamaan negara di Eropah, bagi mengelak peningkatan kes yang sama.

“Mereka juga bersetuju untuk sentiasa saling berhubung dan bekerjasama bagi mencapai matlamat ini,” kata pejabat Hunt dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri, Theresa May bakal mengadakan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kecemasan Britain hari ini, bagi membincangkan isu penahanan kapal milik Sweden, Stena Impero.

Terdahulu, pihak berkuasa Iran menyita kapal tangki, Stena Impero dan 23 anak kapalnya, ketika berada di luar pelabuhan Bandar Abbas, selepas Kor Pengawal Revolusi Islam menahannya di Selat Hormuz.

Sementara itu, Kuwait berkata, negara sedang memantau situasi yang berlaku di wilayah Teluk, susulan tindakan Iran menahan kapal tangki milik Britain.

Agensi berita Kuwait (KUNA) melaporkan, negara itu turut menekankan bahawa jika perkara itu terus berlaku, ia akan meningkatkan ketegangan dan mengancam keselamatan maritim, sekali gus memaksa pembabitan pihak antarabangsa untuk mengawalnya.

Justeru, Kuwait meminta semua pihak terbabit supaya berusaha mengekang perkara itu dan menghormati undang-undang maritim antarabangsa, bagi memastikan keselamatan maritim di rantau berkenaan. - AFP/Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X