Selasa, 23 Julai 2019 | 8:30pm
Presiden Donald Trump, hari ini mengucapkan tahniah kepada Boris Johnson atas kejayaannya memenangi perlumbaan untuk menjadi Perdana Menteri Britain yang baharu.

Trump ucap tahniah kemenangan Johnson

WASHINGTON: Presiden Donald Trump, hari ini mengucapkan tahniah kepada Boris Johnson atas kejayaannya memenangi perlumbaan untuk menjadi Perdana Menteri Britain yang baharu.

“Tahniah kepada Boris Johnson menjadi Perdana Menteri baharu Britain. Dia akan menjadi pemimpin hebat,” kata Trump dalam akuan Twitter.

Sementara itu, pemimpin dari Kesatuan Eropah (EU) menyuarakan keinginan untuk bekerjasama dengan Johnson bagi mencari rumusan terbaik mengatasi isu Brexit.

“Kami mengharapkan satu kerjasama mantap dapat diadakan dengan PM Boris Johnson untuk memastikan Brexit dapat diadakan dengan cara terbaik untuk semua pihak,” kata perunding EU, Michel Barnier.

Beliau membuat kenyataan dalam akaun Twitter sejurus selepas Johnson diumumkan sebagai pemimpin baharu Parti Konservatif, hari ini. - AFP

Berita Harian X