Jumaat, 26 Julai 2019 | 4:12pm
Kapal perang tentera laut Britain, HMS Montrose mengiringi kapal Stena Important yang berlayar menyeberangi Selat Hormuz, susulan insiden penahanan kapal tangki Stena Impero oleh Iran minggu lalu. Foto EPA

Iran benar konsular India jumpa anak kapal Stena Impero

LONDON: Iran bersetuju memberi peluang kepada konsular India untuk bertemu dengan 18 kru kapal tangki Britain, Stena Impero.

“Kedutaan India di Tehran sudah memberi kebenaran kepada konsular untuk bertemu dengan 18 warga India yang ditahan di atas kapal Britain, Stena Impero.

“Kemudahan yang sama akan diberikan kepada lima lagi anak kapal dari negara lain.

“Kedutaan India melaporkan bahawa semua kru terbabit berada dalam keadaan tenang dan tidak menunjukkan tanda panik,” kata Duta Iran ke Britain, Hamid Baeidinejad.

Kapal tangki yang mengibarkan bendera Britain itu ditahan oleh tentera revolusi Iran pada Jumaat lalu. - Reuters

Berita Harian X