Ahad, 25 Ogos 2019 | 10:23pm
LIMA orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh apabila sebuah helikopter dan pesawat ringan bertembung di pulau Mallorca, Sepanyol. - Foto EPA
LIMA orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh apabila sebuah helikopter dan pesawat ringan bertembung di pulau Mallorca, Sepanyol. - Foto EPA

5 maut pesawat, helikopter bertembung

MADRID: Sekurang-kurangnya lima orang termasuk seorang kanak-kanak terbunuh apabila sebuah helikopter dan pesawat ringan bertembung di pulau Mallorca, Sepanyol, hari ini.

Menurut kerajaan Kepulauan Balearic di Twitter, kemalangan itu berlaku pada jam 1.35 petang waktu tempatan.

Akhbar Diario de Mallorca melaporkan punca nahas itu masih belum diketahui, setakat ini.

Katanya, dua orang berada dalam pesawat ringan itu sementara tiga lagi termasuk pasangan dan seorang kanak-kanak berada dalam helikopter terbabit.

“Saya bersimpati dengan keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan tragik,” pemangku Perdana Menteri Pedro Sanchez. - Reuters

Berita Harian X