Jumaat, 6 September 2019 | 12:56pm
SETIAUSAHA Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Mark Esper.
SETIAUSAHA Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Mark Esper.

Ketua Pentagon tiada rancangan tahan kapal tangki Iran

LONDON: Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Mark Esper berkata, buat masa ini pihaknya tiada rancangan untuk menahan kapal tangki Iran, Adrian Darya 1 yang sedang berdepan krisis di antara Tehran dan kuasa Barat.

Kapal tangki yang sarat dengan muatan minyak mentah itu dikatakan mematikan transponder di Mediterranean, barat Syria.

Kapal yang sebelum ini dikenali sebagai Grace 1 itu ditahan komando pasukan Marin Diraja British di laut Gibraltar pada 4 Julai lalu dan didakwa menuju ke Syria sekali gus melanggar sekatan Kesatuan Eropah (EU).

Pihak berkuasa Gibraltar membebaskan kapal Iran itu pada 15 Ogos lalu, selepas menerima jaminan rasmi bertulis daripada Tehran bahawa kapal itu tidak akan memunggah muatan 2.1 juta tong minyaknya di Syria.

“Buat masa ini saya tiada rancangan untuk berbuat demikian,” kata Esper kepada wartawan di London.

Washington turut memberi amaran kepada negara lain untuk tidak membantu kapal itu kerana ia seolah memberi sokongan kepada organisasi pengganas termasuk Angkatan Pengawal Revolusi Iran (IRGC). - Reuters

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X