Ahad, 8 September 2019 | 10:24pm
Gambar fail diambil 27 Jun lalu menunjukkan seorang budak lelaki berbaring di bawah pancuran air di Montpellier, selatan Perancis ketika gelombang haba melanda. -Foto AFP

Tambahan 1,500 kematian akibat gelombang haba di Perancis

PARIS: Gelombang haba pada Jun dan Julai lalu menyebabkan tambahan 1,500 kematian berbanding biasa di Perancis dalam tempoh itu, walaupun jumlahnya jauh lebih rendah berbanding musim panas pada 2003, kata Menteri Kesihatan Agnes Buzyn hari ini.

Tambahan sejumlah 1,465 orang maut berbanding biasa ketika musim panas dalam tempoh itu, meningkat 9.1 peratus secara purata, data Kementerian Kesihatan menunjukkan.

“Gelombang haba pada 2003 berlanjutan selama 20 hari. Tahun ini gelombang haba berlaku selama 18 hari dalam dua fasa dan kita berupaya mengurangkan kadar kematian susulan 10 langkah pencegahan,” kata Buzyn kepada stesen radio France Info dan France Inter.

Suhu tertinggi dicatat di Perancis musim panas lalu adalah 46 darjah Celsius pada 28 Jun di Verargues, di selatan negara berkenaan. -Reuters

Berita Harian X