Selasa, 10 September 2019 | 10:03am
Sebahagian anggota Parlimen Britain bertindak keluar dari Dewan Rakyat pada majlis penangguhan hari ini. Foto AFP

Sidang Parlimen Britain ditangguh hingga 14 Oktober

LONDON: Parlimen Britain memulakan proses penangguhan selama lima minggu yang disifatkan sebagai kontroversi mulai hari ini, selepas ia dicemari dengan bantahan daripada anggota Parlimen pembangkang.

Pada majlis penangguhan persidangan semalam, anggota Parlimen pembangkang memegang kad yang tertera perkataan ‘tolong senyap’ dan ‘padan muka kamu’.

Susulan itu, Speaker Dewan Rakyat, John Bercow mengutuk tindakan anggota Parlimen berkenaan, yang dianggap melanggar perintah eksekutif.

Malah, salah seorang anggota Parlimen dilihat cuba menghalang beliau daripada meninggalkan dewan berkenaan untuk mengambil bahagian dalam majlis itu.

Persidangan Parlimen Britain ditangguhkan sehingga 14 Oktober ini. - AFP

Berita Harian X