Rabu, 9 Oktober 2019 | 9:42pm
Paus itu dijumpai mati di kawasan air cetek, di Greenhithe, di Kent pada Selasa. - Foto https://www.dailymail.co.uk

Paus kelasa ditemui mati di Sungai Thames

LONDON: Seekor ikan paus kelasa berukuran 10 meter yang kelihatan di Sungai Thames awal minggu ini dijumpai mati di timur London dan bakal diserahkan kepada saintis untuk di bedah siasat.

Paus itu dijumpai mati di kawasan air cetek, di Greenhithe, di Kent pada Selasa dan diangkat pada lewat malam daripada bawah jambatan QE2 kepada pihak berkuasa Pelabuhan London, di Gravesend.

“Ia sangat menyedihkan, saya betul-betul berada dua kaki daripada bangkai paus,” kata jurucakap Pelabuhan London, Martin Garside yang membantu mengangkat paus itu.

Paus itu sangat besar hingga menyebabkan bot peronda berusaha keras untuk menundanya.

“Ia lebih besar daripada bot peronda yang saya naiki, tiada keraguan mengenainya, dan ia lebih panjang daripada bot peronda dan saya mengatakan ia minimum berukuran 10 meter,” kata Garside.

Persatuan Zoologi London mempunyai Program Penyiasatan Struktur ‘Cataean’ yang akan menyiasat punca kematian paus itu. - Reuters

Berita Harian X