Rabu, 23 Oktober 2019 | 9:12pm
POLIS mengawal sebuah trak yang mengandungi 39 mayat di Bulgaria. - Foto REUTERS

39 ditemui maut dalam trak, Britain lancar siasatan bunuh

GRAYS: Britain melancarkan satu siasatan kes bunuh besar-besaran, selepas 39 mayat ditemui dalam sebuah trak dari Bulgaria, hari ini, ketika polis cuba mengenalpasti negara asal mangsa.

Semua mangsa diisytiharkan maut di tempat kejadian di sebuah taman industri di Grays, timur London, ia mencetuskan kemarahan di kalangan ahli politik dan sekali lagi meletakkan aktiviti penyeludupan manusia dalam perhatian.

Polis tempatan di Essex yang sedang bekerjasama dengan imigresen berkata, keutamaan mereka adalah untuk mengenalpasti mangsa. Katanya, 38 daripada mangsa adalah dewasa dengan seorang remaja, setakat ini.

Pemandu trak terbabit, seorang lelaki berusia 25 tahun di Ireland Utara sudah ditahan atas dakwaan bunuh.

“Ia adalah insiden tragik, ramai kehilangan nyawa,” menurut kenyataan ketua polis Essex, Superintendan Andrew Mariner. - AFP

Berita Harian X