Jumaat, 25 Oktober 2019 | 9:30pm
Insiden tembakan berlaku di sebuah kem tentera di wilayah Chita di timur Siberia. -Foto Agensi
Insiden tembakan berlaku di sebuah kem tentera di wilayah Chita di timur Siberia. -Foto Agensi

8 maut, tentera Russia tembak rakan sepasukan

MOSCOW: Lapan maut manakala dua lagi cedera selepas seorang askar Russia melepaskan tembakan ke arah rakan sepasukannya di sebuah kem tentera Siberia, hari ini.

“Anggota tentera yang melepaskan tembakan sudah ditahan,” kata Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan dipetik agensi berita Russia.

Insiden berlaku di sebuah kem tentera di wilayah Chita di timur Siberia.

“Tindakan anggota tentera itu mungkin disebabkan kemurungan dan bukan berkaitan tugasan tentera,” tambah kenyataan itu.

Tambahnya, anggota tentera yang cedera dibawa ke hospital dan keadaan mereka tidak mengancam nyawa.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan enggan memberikan komen apabila ditanya. -AFP

Berita Harian X